Tuesday 7 June 2011

Salah ke???

Assalamualaikum.. 

Emm..rasanya dah lama tak update blog...bukan apa sibuk sikit dengan kelas short sem dan perlbagai perkara lagi yang terjadi dalam masa beberapa minggu ini. Terlebih dahulu saya ingin memanjay kesyukuran kepada Ilahi kerana telah memberi keputusan yang cemerlang dan memuaskan kepada saya...walaupun keputusan exam itu kadang-kadang menyakitkan hati dan juga menikam minda yang sedang berada dalam keadaan aman dan tenteram.

Sebenarnya yang saya ingin kongsikan dan ingin meringankan fikiran dan hati yang kusut ini, adakah salah kalau kita dilahirkan sebagai seorang yang berasal dari Kelantan dan juga Terengganu. Apa kesalahan kita sebagai insan yang di lahirkan dan berasal dari negeri pantai timur ini. Rasanya Tuhan telah ciptakan kita semuanya sama dan tiada perbezaan, sebab semua nya ada kelebihan diri masing-masing.

Kalau seseorang itu tidak puas hati dan ada yang tersilap or apa-apa , tolong lerr bagitahu secara face to face. Bukan apa nanati akan meruntuhkan dan merenggan ikatan silaturahim sesama umat islam dan sejagat. Kalau nk kata yang anti orang negeri pantai timur ni orang india dan cina saya rasa ok... tapi ini orang melayu kita. Beginikah adat dan kesopanan sebagai seorang melayu dan juga seorang yang bergelar sebagai pelajar mahasiswa di sebuah IPT yang terkemuka dia Malaysia ini..

Jadi renung-renungkan dan timbang seelok-eloknya.. dengan apa yang saya bagi tahu..


Saturday 21 May 2011

Senyum Itu Adalah Sedekah...


  1. Senyumlah... sesungguhnya apa yang bebankan/ menyusahkan kita, untuk membahagiakan kita.
  2. Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan diAkhirat kelak.
  3. Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa diAkhirat kelak.
  4. Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikan daripadaNya.
  5. Apa yang Allah SWT turunkan  atau timpakan bala adalah tanda Allah       SWT mencintai kita....SubhanAllah..







Tuesday 17 May 2011

Nak pergi naik haji ke umrah....

Dalam sejarah sungguh hari ni xpernah-pernah selama ni beli makanan di kafe kolej harga nya mahal sungguh.Bukannya beli lauk dgn nasi sekali.. tapi hanya beli lauk je nasi masak sendiri kat bilik. Kalau mcm ni ku dah serik dah buat short sem (semester pendek) dan xnak beli dah makanan kat kafe kolej sebb betul-betul mahal. Mungkin mak cik yg jual tu dia nk cepat pergi mengerjakan haji or umrah kott... xpun nk cekik darah n ambil kesempatan ke atas student, dah ler semua student yg buat short sem biasa nya pokai sebb tak de tajaan or dana yang masuk tiap bulan kecuali dari bank FAMA (father & mother) tiap2 minggu call minta dimasukkan dana ke dalam akaun bank.. emm nasib-nasib nak wat cam ne duk kat tempat orang.

 harga tom yam ni RM3... bukan makan kat kafe yea tapi bungkus letak dlm plastik n xambil pun lauk ayam hanya cedok sayur je..


yang ni hanya sekadar gambar hiasan je.... tpi harga untuk seketul ayam RM2... dah lerr ayam kecik lak tu... biasanya beli hanya dengan harga RM 1.80 je.. emm betul2 mahal... nk kta harga ayam dan syur naik rasanya tak.. hanya harga gula dan milo yang naik harga buat masa sekarang ni.
Bak kata orang dulu-dulu "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negri sendiri". Tapi walaupun hujan batu di negeri sendiri ia lebih baik dari hujan emas di negeri orang... sebab emas ni dapat mengaburi mata dan fikiran kita je bila tgk kilauan da kemewahan emas tersebut. 

Monday 2 May 2011

Sekiranya ada waktu...

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera.. 
Kita bertemu lagi di sini sy ingin berkongsi sekiranya ada waktu dan ada rezeki ingin sekali sy berhajat untuk memelihara haiwan yg sy suka ..tetapi tidak tercapai hajatnya... yg tercapai hanya dapat pelihara 1 je haiwan iaitu mika dan miko ia lebih dikenali dgn nama spesifik iaitu kura-kura. 
 Emm skarang ni hnya tinggal seekor je iaitu miko sebb masa banjir hri tu mungkin ia excited sgt kot nk thu dunia luar( berada dlm air banjir) sebab tu dia lari tinggalkan makwenya. Sekarang ni pun sy tak thu miko tu hidup ke masih bernyawa lagi sebb dia dah sy tinggalkan berhoneymoon (berholiday) kat kampung sejak cuti semester tahun 1 lagi.. last jumpa dia pun pada hari raya cina hari tu pd 7/2/2011..emm bestnyakan si miko tu boleh duk kat kampung begitu lama sedangkan tuannya hanya dapat balik 1 kali je dlm setiap 5 bulan tu..
Tapi kalau ada kesempatan dan siapa-siapa yg bermurah ahti nk bagi free haiwan yg aku suka tu bagus gak.. tapi lebih bgus beli sendiri kan si arnab dgn cik hamster tu... tak pe sabar yea lagipun ku tak kisah bila akn dapat pelihara 2 haiwan yg ku idam-idamkan tu cuma perlu bersabar dan tunggu sahaja kalau ada rezeki dapat lerr..


Di bawah ni sy kepilkan gambar Mr.Mika dan Ms.Miko...

                                 yg ini si Mr.Mika sebb dia besar sikit dr ms.miko dan mempunyai sikap malu                sedikit..


emm..yg ini Ms.Miko dia ni suka sikit kalau bab bergambar ni...

Yang ni pulak gambar diaorang masa dulu-dulu..





Emm.. oklah sy cau chin see dulu yea...  bye-bye...assalamualaikum semua, semoga semua impian anda yang anda inginkan akan menjadi kenyataan...



Saturday 30 April 2011

Mukadimah (pengenalan)

Assalamualaikum... dan salam sejahtera kepada sesiapa yang membaca blog sy.....

Terlebih dahulu sy ingin mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya berjaya juga mempunyai blog sendiri, selama ini hanya membaca blog orang dan hanya mendegar dari mulut kawan2 dan juga orang di sekeliling je. Bukan apa almaklumlah sy ni seorang yang buta IT sikit... tpi setakat perkara yang basic berkaitan dengan IT tu saya tahu ler serba sedikit. Emm.. disini saya cerita sedikit tentang latar belakang saya, saya anak yg ke-5 dr 8 orang adik beradik, mungkin anda terkejut atau biasa-biasa je bila sy cakap yg sy ada ramai bilangan adik beradik termasuk dgn saya tapi tu tidak termasuk lagi dgn ma'am dan abah sy. Kalau campur semuanya dan berkumpul di rumah semuanya 10 orang, bila semua berkumpul 1 family 1 rumah boleh pecah dan runtuh rumah tu kalau di perbuat dengan konkrit yg di perbuat daripada tanah liat (emm ada ke konkrit tnh liat). Yea lah masing2 bertanya khabar dan bergelak ketawa bila salah seorang dari kami membuat lawak yg xsehebat dgn lawak dlm program rajalawak dan maharaja lawak. 
 Mesti anda hendak thu lagikan tentang diri sy, buat masa sekarang ni sy masih lagi bergelar sebagai seorang mahasiswi di sebuah institusi pengajian tinggi (UKM= Universiti Kebangsaan Malaysia). Megambil jurusan dalam bidang komunikasi dan pengurusan maklumat. Emm.. kalau nk tahu lebih lagi berkaitan dgn diri sy anda semua perlu bersabar yea sebab blog sy ni masih lagi dalam pembikinan atau perlu di naik taraf sebb ia masih baru dan masih lagi dlm proses untuk meneroka apa yang terdapat dlm blog dan keistimewaan dan fungsi blog...
Oklah setakat ini sahaja... sekiranya ada kekurangan dan kesilapan ejaan sy minta maaf yea sebb sy ni seorang yg kadang2 tu boleh tersalah tulis perkataan.. bab kata kawan2 satu cos-mate sy yg keyboard zeipy(lapy) sy ada problems.. buat masa terdekat ni sy kena bekerja keras untuk tambah dan tambah untuk bagi menarik sikit kat blog sy ni... ok bye dan assalamualaikum..