Saturday 30 April 2011

Mukadimah (pengenalan)

Assalamualaikum... dan salam sejahtera kepada sesiapa yang membaca blog sy.....

Terlebih dahulu sy ingin mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya berjaya juga mempunyai blog sendiri, selama ini hanya membaca blog orang dan hanya mendegar dari mulut kawan2 dan juga orang di sekeliling je. Bukan apa almaklumlah sy ni seorang yang buta IT sikit... tpi setakat perkara yang basic berkaitan dengan IT tu saya tahu ler serba sedikit. Emm.. disini saya cerita sedikit tentang latar belakang saya, saya anak yg ke-5 dr 8 orang adik beradik, mungkin anda terkejut atau biasa-biasa je bila sy cakap yg sy ada ramai bilangan adik beradik termasuk dgn saya tapi tu tidak termasuk lagi dgn ma'am dan abah sy. Kalau campur semuanya dan berkumpul di rumah semuanya 10 orang, bila semua berkumpul 1 family 1 rumah boleh pecah dan runtuh rumah tu kalau di perbuat dengan konkrit yg di perbuat daripada tanah liat (emm ada ke konkrit tnh liat). Yea lah masing2 bertanya khabar dan bergelak ketawa bila salah seorang dari kami membuat lawak yg xsehebat dgn lawak dlm program rajalawak dan maharaja lawak. 
 Mesti anda hendak thu lagikan tentang diri sy, buat masa sekarang ni sy masih lagi bergelar sebagai seorang mahasiswi di sebuah institusi pengajian tinggi (UKM= Universiti Kebangsaan Malaysia). Megambil jurusan dalam bidang komunikasi dan pengurusan maklumat. Emm.. kalau nk tahu lebih lagi berkaitan dgn diri sy anda semua perlu bersabar yea sebab blog sy ni masih lagi dalam pembikinan atau perlu di naik taraf sebb ia masih baru dan masih lagi dlm proses untuk meneroka apa yang terdapat dlm blog dan keistimewaan dan fungsi blog...
Oklah setakat ini sahaja... sekiranya ada kekurangan dan kesilapan ejaan sy minta maaf yea sebb sy ni seorang yg kadang2 tu boleh tersalah tulis perkataan.. bab kata kawan2 satu cos-mate sy yg keyboard zeipy(lapy) sy ada problems.. buat masa terdekat ni sy kena bekerja keras untuk tambah dan tambah untuk bagi menarik sikit kat blog sy ni... ok bye dan assalamualaikum..

2 comments:

  1. zilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. yea......akak sy disni... hahahhaha

    ReplyDelete